Pages

Sunday, October 13, 2030

Tentang Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera!

Hai, netizen sekalian! <3 Selamat berkenalan!  Pada kali pertama berjumpa ni, mestilah kena memperkenalkan diri, kan? Jadi, izinkanlah saya memperkenalkan diri dahulu. Nama diberi bermula dengan Dayang. Dayang Mordiah binti Abang Abdul Rahman. Berasal daripada Kuching, Sarawak. Saya mempunyai ramai adik-beradik dan fakta tu menjadikan keluarga saya sebuah keluarga yang agak besar. Setuju tak? Hehe… Saya anak keenam daripada sembilan adik-beradik. Naib baik tak sebelas. Kalau sebelas, boleh jadi satu pasukan bola sepak, kan? Huhu… 

Okay, berbalik kepada pengenalan saya. Sekarang, saya akan membongkar satu persatu perjalanan hidup saya dengan ringkas. Sekolah rendah yang menjadi pilihan saya ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Gita. Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman  yang dekat dengan Semarak tu pula sekolah menengah pilihan saya. Namun, saya hanya mencipta memori di situ sehingga tingkatan 3 sahaja. Selebihnya? Selebihnya saya sambung di Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya sehingga ke tingkatan lima. 

Selepas itu, saya sambung pelajaran lagi di Politeknik Kuching. Di situ saya berjaya menamatkan pengajian dan mendapat sijil penyimpan kira-kira. Seterusnya, saya sambung pula di Politeknik Kota Bharu dan berhasil mendapat Diploma Pemasaran. Bila masuk tahun 1996, saya sambung belajar di Maktab Perguruan Sains Bintulu. Nak jadi cikgu, kan? Hehe… Habis belajar, tahun 1997 tu saya mula mengajar. Berdebar-debar jugalah waktu tu. Almaklumlah, kali pertama bekerja.  Sekolah pertama saya ditempatkan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan. Cukup tiga tahun di situ, saya berpindah pula ke Sekolah Menengah Kebangsaan  Semerah Padi sampai sekarang.
Kini, biar saya cerita sedikit tentang kehidupan keluarga saya. Saya mempunyai seorang suami dan tiga orang anak. Anak sulung saya lahir tahun 1999. Yang kedua lahir tahun 2001 dan yang bongsu tahun 2004. Anak sulung tu perempuan yang dua lagi tu lelaki. Nakal jugalah yang dua orang lelaki tu. Budak lelaki, kan? Hehe… 

Hmmm… saya sekarang ini sudah mula minat hendak mencuba resepi baru dari internet. Kebanyakannya menjadi lah… Alhamdulillah… Selain daripada minat mencuba resepi baru, saya juga suka membaca novel. Novel tu mestilah novel cinta, kan? Haha… Anak saya yang perempuan tu pun minat nak membaca novel cinta juga. Hmmm… warna kegemaran saya pula turquoise. Turquoise tau. Bukan tortoise.  Saya ni minat jugalah nak melancong. Antara tempat yang dah saya lawat ialah Sabah dan Melaka. Dua tempat tu memang terbaik lah. Memang seronok melancong ke sana terutamanya Sabah. 

Moto saya ialah ‘Be the best, beat the rest’ dan misi saya ialah mendidik anak bangsa sehingga mereka mampu menggegarkan dunia dengan keistimewaan dan kebolahan yang ada pada mereka. Saya percaya, setiap org mampu mencapai kejayaan sekiranya mereka berusaha. Namun janganlah berusaha terlalu kuat. Biarlah ‘study smart’ bukan ‘study hard’ :D
Baiklah. Sampai di sini sahaja pengenalan saya. Saya berasa gembira kerana dapat berkenalaan dengan anda. Sehingga berjumpa lagi! :)


Sunday, October 11, 2015

Ilmu

Ilmu tidak semestinya dari buku.
Ingatlah bahawa ilmu ada di mana-mana.
Walaupun ilmu ada di mana-mana, ilmu haruslah dihargai dan 
seboleh-bolehnya dimanfaatkan untuk kebaikan semua. 

Ilmu itu seindah permata.
Semua orang akan menjaga permata dengan sebaik-baiknya.
Oleh itu, jagalah ilmu ibarat kamu menjaga sebutir permata 
yang berharga.